Minyak Bayu...
Setiap malam bayi saya diurut dan dibelai dengan minyak bayu ini. Bayi akan rasa segar dan bertenaga semula dari kepenatan kerana terlalu aktif bermain. Bayi saya agak lasak dan aktif bermain, memanjat, berjalan tanpa kenal erti penat. Walaupun riak muka tidak menunjukkan kepenatan. Lepas urut dan belai, bayi saya akan tidur dengan nyenyak sehingga pagi baru bangun. Semasa saya tidak sihat, saya tidak mengurutnya atau membelainya, bayi saya akan bangun dengan kerap dan merengek2. Dari situ saya dapat tahu yang bayi ini perlu diurut dan dibelai sebelum tidur.
Masa saya melahirkan bayi, doktor mengesahkan saya ada buasir sebesar ibu jari kaki. Doktor bagi ubat kecutkan buasir, jadi doktor bagi tempoh 2 minggu kepada saya. Jikalau buasir itu tidak kecut, doktor terpaksa potong dan buang buasir tu. Saya mula risau. Kemudian, biras saya yang memperkenalkan produk ini. Selepas saya dapat minyak bayu ini saya tidak lagi makan ubat doktor. Ambil masa 4 hari juga buasir saya kecut. Memang sakit yang teramat sangat, saya memang tidak tahan sakit itu. Bila pergi check up doktor mengatakan buasir saya sudah ok. Jadi buasir saya tidaklah kena potong. Alhamdullillah, ada yang boleh menyelamatkan buasir saya ini.
Khasiat minyak bayu ini, dapat melegakan sakit kepala dan selsema, gigitan serangga, buasir, kembung perut atau sakit2 gigi.
A BABY FOR LOVE
:: HIT COUNTER ::
Blog Design by Gisele Jaquenod